Event@Bio: Bengkel Pengenalan Teknik Kultur Cendawan dan Penanaman Teknik Gantung
 /  Event@Bio / Event@Bio: Bengkel Pengenalan Teknik Kultur Cendawan dan Penanaman Teknik Gantung

Event@Bio: Bengkel Pengenalan Teknik Kultur Cendawan dan Penanaman Teknik Gantung

Pusat Pengajian Sains Kajihayat dengan kerjasama Pusat Transformasi Ilmu Universiti Sains Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengenalan Teknik Kultur Cendawan dan Penanaman Teknik Gantung pada 18hb Febuari 2019 (Isnin) bertempat di Bangunan Toray-USM, Pusat Transformasi Ilmu USM.

Bengkel ini telah diterajui oleh Dr. Rosnida Binti Tajuddin dengan penyertaan seramai 30 orang perserta dari seluruh Malaysia dan kebanyakannya adalah pengusaha dan penanam cendawan terkemuka di Malaysia. Pendekatan bengkel ini ialah secara teori dan praktikal. www.keyexteriors.com

Teknik kultur tisu yang diperkenalkan adalah berteknologi skala rendah yang boleh dilaksanakan sendiri oleh para penanam cendawan di ladang-ladang mereka. Bengkel ini menggalakan para penanam cendawan untuk menghasilkan benih sendiri dan tidak hanya bergantung kepada benih cendawan dari luar.

Selain itu, perkongsian ilmu dari peserta berpengalaman dan akademia menwujudkan perbincangan yang menarik dan memberansangkan dalam membangunkan industri cendawan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked.*

February 2019
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  

Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 44.201.68.86