SEJARAH

Penubuhan Herbarium di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM selaras dengan pelaksanaan amali untuk kursus botani. Koleksi spesimen baucer mulai 1971 adalah sumbangan dari para pensyarah sebagai simpanan untuk rujukan pengajaran dan penyelidikan. Asalnya Herbarium USM terletak di Bilik 03-05, Aras Bawah, Bangunan G08, Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat kini ditempatkan di Bilik 105-109, Aras Satu, Bangunan D32, Kompleks Rujukan Biodiversiti mulai 2009.

 

FUNGSI

Fungsi herbarium USM adalah untuk menyediakan spesimen baucer sebagai koleksi simpanan tumbuhan kering untuk rujukan taksonomi spesies, membekalkan data untuk pengajaran dan penyelidikan, mengendalikan kelas-kelas amali serta mengadakan Kursus Teknik Herbarium.

Di samping itu, Herbarium juga penting dalam menyokong semua program dan usaha yang dijalankan berkaitan penyelidikan dan perkhidmatan. Salah satu objektif penubuhan Herbarium adalah sebagai pusat rujukan utama wilayah utara Malaysia.

Sehingga kini, koleksi herbarium melebihi 11623 spesies meliputi 200 famili. Antara koleksi herbarium yang ada ialah lumut, paku-pakis, tumbuhan gimnosperma dan angiosperma. Spesimen baucer ini disusun mengikut famili tumbuh-tumbuhan. Koleksi ini melibatkan spesimen penyelidikan oleh para pensyarah, pelajar sarjana dan pelajar Ijazah Kedoktoran serta koleksi untuk pengajaran. Aktiviti penyelidikan yang berkembang pesat menambahkan koleksi herbarium dari masa ke semasa.

Sistem pengurusan rekod dan pengkalan data baru yang digunakan adalah Sistem Pengurusan Warehouse (Warehouse Management System) iaitu satu sistem murah dan mudah yang memberi gambaran jelas mengenai ‘warehouse’ dalam terma perancangan, pelaksanaan dan kebolehkesanan keseluruhan operasi herbarium.

 

HUBUNGI KAMI

E-mel        : herbarium@usm.my

Telefon     : 04-6533888

Pn. Rosilawati Abdullah Samb. 2713 013-4382524

tie@usm.my

Cik Hasni Abu Hassan Samb. 2713 013-4414607

hasni@usm.my

En. Shunmugam Samb. 4966 014-2414642

shunmugam@usm.my

En. Muhammad Hilmi Samb. 6162 011-19104593

muhdhilmi@usm.my

 

LOKASI KAMI

ALAMAT :

         Bilik Herbarium, Kompleks Rujukan Biodiversiti (D32),

         Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia.

 

MASA LAWATAN :

 

Isnin – Khamis  :

  • 10.00 a.m. – 12.30 p.m.
  • 2.30 p.m. – 4.30 p.m.

Jumaat               :

  • 10.00 a.m. – 12.00 p.m.
  • 3.00 p.m. – 4.30 p.m.

         

TENTANG HERBARIUM

Apakah herbarium?

Herbarium secara istilah memberi dua maksud :

  1. Koleksi tumbuhan yang dikeringkan dan disusun mengikut label.
  2. Suatu bangunan untuk menyimpan koleksi tersebut (koleksi tumbuhan yang dikeringkan).

Herbarium pada dasarnya adalah suatu perpustakaan/muzium bagi tumbuh-tumbuhan awet. Di dalamnya, spesimen disusun dengan teratur untuk kegunaan para penyelidik, pelajar dan juga kajian sejarah. Spesimen-spesimen sama ada ditekan atau disusun dalam rak kabinet herbarium, atau diawet dengan cecair di dalam balang, atau dikeringkan di udara seterusnya disimpan dalam kotak. Spesimen yang dijaga dengan rapi boleh bertahan hingga beratus tahun.

 

KUMPULAN UMUM KOLEKSI DI HERBARIUM USM

  1. Dipterokap
  2. Bakau
  3. Orkid
  4. Paku Pakis
  5. Pemanjat
  6. Rotan
  7. Keladi
  8. Palma
  9. Kumpulan Halia
  10. Tumbuhan Akuatik
  11. Rumpai

BERITA

          Bermula tahun 2017, unit herbarium akan menyediakan perkhidmatan herbarium. Perkhidmatan ini merangkumi proses keseluruhan dalam pembuatan spesimen herbarium dan specimen akan di kenal pasti oleh pakar yang berkaitan. Pelanggan hanya dikehendaki membawa tumbuhan yang hendak di spesimenkan. Kadar caj adalah seperti dibawah:

Kategori Caj per spesis (RM) + 6% GST
Pelajar Tahun Akhir USM

(Projek Tahun Akhir)

Percuma
Pelajar USM (Master dan PhD) 106
Bukan Pelajar USM 106

* 3 salinan untuk 1 spesies.

 

BORANG

BORANG PERMOHONAN PERKHIDMATAN (klik disini untuk muat turun)

BORANG PENGHANTARAN SPESIMEN (PROJEK TAHUN AKHIR) (klik disini untuk muat turun)

 

LATIHAN INDUSTRI

Kami menerima pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin menjalani latihan industri. Sila hubungi

Dr. Asyraf Mansor asyrafm@usm.my
Dr. Rahmad Zakaria rahmadz@usm.my

 

FAQ

  1. Berapakah  tempoh masa spesimen herbarium siap?

         Sebulan dari tempoh spesimen dihantar (± 25 hari bekerja)

ANNOUNCEMENT

Anda berminat untuk menjadi pelajar USM?
Jawatan Kosong di Pusat Pengajian Sains Kajihayat! Mohon Sekarang! Job Vacancy in School of Biological Sciences! Apply Now! Klik disini untuk maklumat lanjut / Click here for more info
Untuk Pelajar Latihan Industri!
Please spare a minutes and complete this short survey
Program Bantuan Penerbitan Q1 atau Q2 PPSKH
ATTENTION! CLASS SCHEDULE FOR SEMESTER 1 SESSION 2018/2019 IS UP!
Click here for Broshure

Visitor counter

Visits since 2018

Your IP: 54.235.48.106

WHAT’S HAPPENING