Undergraduate B.Sc (Applied Science)
 /  Undergraduate B.Sc (Applied Science)

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (KEPUJIAN)

1.       UNIVERSITI

Universiti Sains Malaysia

USM ialah Universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Wawasan: “Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”

Misi: USM ialah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Nilai: Kualiti, kesamaan, ketersediaan, ketercapaian, ketersanggupan dan kesesuaian.

Teras: Masa hadapan, Keunikan (kelainan), Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan.

Misi PPS Kajihayat

  • Untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan inovatif untuk program ijazah keseluruhan.
  • Untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan
  • Untuk menubuh dan meningkatkan kerjasama bersama pihak industri untuk penambahbaikan pendidikan dan penyelidikan.
  • Untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan menyediakan graduan berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi terkini berkaitan bidang biologi.

2.      MATLAMAT PROGRAM  (PEO)

  1. Matlamat program adalah untuk melahirkan graduan berilmu, berkompetensi, berkemahiran, berkeupayaan, berwawasan, berketrampilan dan terlatih dalam bidang biologi selaras dengan usaha pembangunan sumber manusia demi kepentingan dan perkembangan industri dan pembangunan negara secara keseluruhan. Objektif program adalah :
  • PEO1: Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam konsep-konsep asas biologi yang penting untuk bidang Biologi Gunaan.
  • PEO2: Melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam merancang, melaksanakan projek penyelidikan dalam bidang biologi gunaan mengikut kaedah saintifik terkini.
  • PEO3: Menyediakan graduan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam menganalisis, mensintesis dan menilai data dan maklumat projek penyelidikan berkaitan bidang biologi gunaan secara objektif.
  • PEO4: Menghasilkan graduan yang faham dan patuh kepada amalan profesional dan tanggungjawab etika dalam bidang biologi gunaan.
  • PEO5: Melahirkan graduan yang mahir dan mengamalkan budaya kerjasama dan berpasukan dalam melaksana dan menyelaras projek berkaitan disiplin biologi gunaan.
  • PEO6: Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam selok-belok pengurusan sektor keusahawanan dan industri berkaitan bidang biologi.

3.      HASIL PEMBELAJARAN (PLO)

  1. Pada akhir program ini, pelajar berupaya:
  1. Memperolehi pengetahuan dan memahami konsep-konsep biologi yang merupakan asas kepada bidang Biologi Gunaan.  
  2. Merancang, melaksanakan dan merekodkan dapatan eksperimen mengikut kaedah saintifik selaras dengan keperluan industri biologi untuk membangunkan ekonomi negara dengan menggunakan instrumentasi moden dan prosedur serta teknik terkini dan klasik.  
  3. Mentafsir data dan menerangkan keputusan eksperimen dalam laporan makmal yang ditulis serta mahir dalam persembahan lisan.
  4. Menzahirkan idea-idea dengan cara yang berkesan serta mahir dan berpengetahuan bagi membincangkan hasil dapatan eksperimen secara lisan dan bertulis.
  5. Melaksanakan pelbagai tugasan dan fungsi berkaitan bidang biologi gunaan serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan.
  6. Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada isu-isu etika serta perasaan ingin tahu, kecekalan, kesungguhan dan keyakinan sebagai seorang ahli biologi.
  7. Mengenalpasti keperluan serta mempunyai keupayaan dan persediaan untuk menghadapi perubahan semasa menerusi pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan maklumat.
  8. Mengenal pasti hubung kait di antara disiplin biologi gunaan dan lain-lain disiplin berkaitan pengurusan dan keperluan pihak industri dan kesannya terhadap ekonomi negara.
  9. Mengaplikasikan pengetahuan asas dan dapat bertindak sebagai pimpinan dan terlibat dalam pengurusan sektor keusahawanan berkaitan bidang biologi.
August 2020
M T W T F S S
« Jul    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Visitor counter

Visits since 2018

Your IP: 3.235.107.209

WHAT’S HAPPENING