School of Biological Sciences |  Universiti Sains Malaysia

Undergraduate B.Sc (Science)

UNDERGRADUATE B.SC (SCIENCE)


The School of Biological Sciences offers Pure Science and Applied Science degree programmes, which was developed to provide students with knowledge and skills in basic and applied biological sciences. For Pure Science programme, 3 major or thrust areas are offered, namely, Plant Biology, Animal Biology and Microbiology. As for Applied Science, the following thrust areas are offered, Agrobiology, Aquatic Biology, Biology and Management of Vector and Parasite, Biotechnology and Environmental Biology. For both programmes, the students are required to complete basic core courses and core courses of the thrust areas (details of the courses are provided in the Bachelor of Science and Bachelor of Applied Science guide book).

Pure Science and Applied Science courses emphasise on the experimental, theoretical and field work skills necessary for students to seek employment in biological science fields as well as other related fields.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN)

Universiti Sains Malaysia

USM ialah Universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Wawasan: “Mentransformasikan Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”

Misi: USM ialah universiti perintis, berintensifkan penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

Nilai: Kualiti, kesamaan, ketersediaan, ketercapaian, ketersanggupan dan kesesuaian.

Teras: Masa hadapan, Keunikan (kelainan), Kelestarian, Kemanusiaan, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan.

Misi PPS Kajihayat

  • Untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan inovatif untuk program ijazah keseluruhan.
  • Untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan
  • Untuk menubuh dan meningkatkan kerjasama bersama pihak industri untuk penambahbaikan pendidikan dan penyelidikan.
  • Untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan menyediakan graduan berpengetahuan dan berkemahiran dalam teknologi terkini berkaitan bidang biologi.

   MATLAMAT PROGRAM (PEO)

Matlamat program adalah untuk melahirkan graduan berilmu, berkompetensi, berkemahiran, berkeupayaan, berwawasan, berketrampilan dan terlatih dalam bidang biologi selaras dengan usaha pembangunan sumber manusia demi kepentingan dan pembangunan negara secara keseluruhan. Objektif program adalah :

  • PEO1: Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan memahami konsep-konsep asas dalam biologi.
  • PEO2: Menyediakan graduan yang mahir dalam analisis, sintesis dan menilai data dan maklumat penyelidikan biologi secara objektif.
  • PEO3: Menghasilkan graduan yang memahami dan mematuhi amalan profesional dan tanggungjawab etika dalam profesion ini.
  • PEO4: Melahirkan graduan yang memiliki dan mengamalkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam pelaksanaan dan penyelarasan projek-projek berkaitan disiplin biologi.

   HASIL PEMBELAJARAN (PLO)

       Pada akhir program ini, pelajar berupaya:

  1. Memperolehi pengetahuan dan memahami konsep-konsep asas dan termaju dalam bidang biologi.
  2. Merancang dan melaksanakan eksperimen mengikut kaedah saintifik dan dapat menggunakan instrumentasi moden dan prosedur serta teknik klasik, untuk merancang dan melakukan eksperimen dan merekodkan keputusan eksperimen.
  3. Mentafsir data dan menerangkan keputusan dalam laporan makmal yang ditulis dengan jelas dan dalam persembahan lisan.
  4. Menzahirkan idea-idea dengan cara yang berkesan, teliti dan mewujudkan perbincangan yang berterusan, kedua-duanya secara lisan dan bertulis.
  5. Melaksanakan pelbagai tugasan dan fungsi dalam pelbagai bidang dan berkomunikasi dengan berkesan.
  6. Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada isu-isu etika serta perasaan ingin tahu, kecekalan, kesungguhan dan keyakinan sebagai seorang ahli biologi.
  7. Mengenalpasti keperluan serta mempunyai keupayaan dan persediaan untuk menghadapi perubahan semasa menerusi pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan maklumat.  
  8. Mengenal pasti hubungan kait di antara disiplin biologi dengan lain-lain disiplin dan kesannya terhadap masyarakat.
  9. Mengaplikasikan pengetahuan asas dan prinsip-prinsip pengurusan dan keusahawanan yang berkaitan bidang biologi.

School of Biological Sciences, 11800, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia 
Tel : +604 - 653 3181  |  Fax : +604 - 654 XXXX  |  Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  |  

Copyright © 2022 School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia.