Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M (Peringkat PPSKH)
 /  Uncategorized / Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M (Peringkat PPSKH)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M (Peringkat PPSKH)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M (Peringkat PPSKH) yang dirancang oleh Jawatankuasa Surau Al-Asyraf, PPSKH telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 15 November 2019 bertempat di Foyer Bio, PPSKH.

Buat julung kalinya, majlis sambutan telah dimulakan dengan “Perarakan Berserta Selawat” secara beramai-ramai warga PPSKH bermula dari tapak konvo ke Foyer PPSKH. Diikuti oleh Persembahan Nasyid “Ya Rasulullah” oleh staf PPSKH dan diakhiri dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Dr. Shahir Akram Hassan iaitu Pengarah, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM.

Objektif Majlis:

  • Memahami dan menghayati sirah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad ﷺ
  • Memupuk semangat kecintaan atas segala jasa dan pengorbanan baginda.
  • Melahirkan generasi “khairu ummah” yang dapat bersama meneruskan perjuangan baginda di zaman yang penuh cabaran.

Semoga majlis mendapat ganjaran dari Ilahi dan dapat dilaksanakan secara istiqomah bagi tahun-tahun berikutnya, Insya-Allah.

“Allahumma sholli’alaa Muhammad”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked.*

November 2019
M T W T F S S
« Aug    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Visitor counter

Visits since 2018

Your IP: 3.233.224.8

WHAT’S HAPPENING